Streaming TV Online : Film TV Box Office terbaik 2012

Streaming TV Online – Senarai pencalonan Anugerah Academy 2012 telah dikeluarkan dan yang menariknya 60 peratus daripada filem-filem yang dicalonkan adalah filem adaptasi novel. Pencalonan Filem Terbaik juga menyaksikan pencalonan dua buah filem Brad Pitt (“Moneyball” dan “The Tree of Life”) dan juga Jessica Chastain (“The Tree of Life” dan “The Help”). Di kutip dari situs tv online, filem Terbaik Golden Globe juga turut dicalonkan, seperti filem tanpa suara “The Artist” dan “The Descendant” yang akan menemui penonton di Malaysia Februari ini. Berikut adalah sinopsis 9 filem yang dicalokan dalam Oscar 2012.


Extremely Loud & Incredibly Close
Rating: 6.4
Filem ini adalah kisah seorang pencipta amatur, frankofil dan pasifis berusia sembilan tahun yang menjelajah seluruh New York untuk mencari lubang kunci yang boleh dipadankan dengan sebatang kunci misteri yang ditinggalkan bapanya selepas kematiannya di dalam tragedi 9/11.

The Tree of Life
Rating: 7.1
Ia berkisar tentang Jack, seorang anak sulung cuba mengubah hubungannya yang rumit dengan bapanya.

War Horse
Rating: 7.3
“War Horse” berkisarkan Albert yang mahu berkhidmat di dalam Perang Dunia pertama selepas kuda kesayangannya, Joey, dijual kepada pihak tentera berkuda. Perjalanan Albert membawanya ke luar England dan menyeberangi Eropah di kala perang sedang berlaku.

The Descendants
Rating: 7.7
“The Descendant” berkisarkan seorang lelaki yang harus belajar memahami dua orang anaknya selepas isterinya koma akibat kemalangan bot. Memburukkan lagi keadaan, dia mendapat tahu daripada anak-anaknya bahawa isterinya curang padanya selama ini.

Midnight in Paris
Rating: 7.8
“Midnight in Paris” merupakan filem komedi romantik tentang sebuah keluarga yang menjelajah ke Paris atas tujuan perniagaan. Ahli keluarga tersebut termasuk satu pasangan yang sudah bertunang mendapati hidup dalam dunia berbeza lebih baik bagi mereka. Nonton film box office di trans tv dimana saja dengan tv online Indonesia www.ningaltv.com

Moneyball
Rating: 7.8
“Moneyball” merupakan sebuah filem drama biografi berdasarkan sukan mengenai pasukan besbol Oakland Athletics di musim 2002. Pengurus besarnya Billy Beane cuma menghimpunkan satu pasukan yang hebat sekalipun dia dan pembantunya Peter Brand harus berdepan dengan situasi kewangan yang tidak stabil. Oleh sebab yang demikian, mereka menggunakan pendekatan berbeza untuk mencari dan menganalisa pemain, lalu mendapatkan khidmat pitcher Chad Bradford , Scott Hatteberg sekaligus memenangi 20 buah permainan iaitu satu rekod bagi Liga Amerika.

The Help
Rating: 8.1
“The Help” juga merupakan Sebuah filem drama komedi yang berkisarkan perkauman di Amerika Selatan pada tahun 60-an. Filem ini menyatukan beberapa kisah di era Hak Awam awal 60-an iaitu seorang wanita Selatan, Eugenia “Skeeter” Phelan. Beliau ingin menulis tentang kisah suka-duka pembantu kulit hitam di Selatan, Aibileen dan Minny iaitu dua pembantu kulit hitam yang menghadapi konflik dengan majikan mereka. Manakala si naif Celia yang tidak diterima oleh masyarakat Selatan yang santun dan Hilly Holbrook yang terlalu keras membenci bangsa kulit hitam.

Hugo
Rating: 8.2
Ia berkisarkan seorang anak yatim di tahun 30-an Paris yang tinggal di sebuah stesen kereta api cuba mengungkai misteri yang mengaitkan mendiang bapanya dengan sebuah automaton.

The Artist
Rating: 8.4
Kisah ini menggunakan latar Hollywood antara 1927 dan 1932. Ianya memfokus kepada seorang bintang filem bernama George Valentin yang semakin jatuh dan seorang aktres muda bernama Peppy Miller yang semakin naik di waktu filem senyap semakin jatuh dan filem suara mengambil alih industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *